Sinaran
mentari pagi,
Berkejaran
masuk ke ruang kamarku
Dan
aku di sini,
Menadah
tangan kepada Penciptaku,
Tanda
syukur merendah diri,
Masih
bernafas di dunia ini.
Hidup
ini dipenuhi dugaan,
Menguji
sejauh mana keimanan,
Umpama
hembusan dingin bayu,
Yang
hanya dirasai kelembutan,
Tanpa
dilihat oleh pancaindera.
Hakikat
hidup yang suci,
Hanya
dapat diselami,
Melalui
bekalan kesabaran,
Juga
dihiasi dengan ketakwaan,
Bersama
saluran mawaddah,
Yang
disimpan kemas,
Di
lubuk hati mahmudah.
Kini,
Madu
kehidupan mengalir di jiwa,
Kebahagiaan
berlari ke arahku,
Selepas
derita hati mengundur diri,
Umpama
jaluran pelangi,
Yang
muncul selepas renyaian hujan,
Mencorak
warna pelbagai,
Bersama
kicauan burung,
Di
pentas langit kebiruan.
No comments :
Post a Comment