Monday 16 September 2013

aL-QurAn :: jaNGan tinGGaLkannyA...



AL-QURAN NUL KARIM KALAMULLAH.. Apabila disebut Al-Quran,,dah baca belum Al-Quran hari ni?? Kalau dah baca,Alhamdulillah..kalau tak sempat baca,walaupun satu muka surat, cuba refleks balik diri. Kenapa sampai Allah tak izinkan kita membuka ayat-ayatNya hari ni..?? Apa perkara yang kita dah buat??

Lepas tu,cuba renung balik diri,,satu hari ni,bila kita tak sempat baca Al-Quran,hati kita rasa tenang tak?? Mesti rasa ada something yang tak kena,,macam tak tenang,,rasa ada something yang hilang,, ada sesuatu yang belum settle hari ni,,walaupun rasanya kita dah plan macam-macam semuanya dan dah buat pun semuanya..

Kenapa kita sampai tak sempat baca Al-Quran hari ni?? Kita rasa kita sangat busy hari ni.. *ye ke busy??* 


“alarr..tak pelah,,hari ni je aku skip baca Quran,,kan hari-hari yang lepas dah bape banyak page aku baca” akal mencari alasan. Pernah tak kita mendengar satu hadis nabi, mafhumnya :     

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)  

Firman Allah :



Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [surah Al-Zalzalah]

Semua orang tahu,Allah melihat setiap perbuatan kita. Ya,kalau baik akan diberi pahala. Kalau tak baik,dosalah habuan kita. Nauzubillah.. Meskipun kita lihat amalan membaca Al-Quran seperti “mencuri”masa yang kita ada,namun ingatlah,Al-Quran lah yang akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak. Tidakkah kita mahu menerima syafaatnya nanti?? Saya percaya,kita sepakat mengatakan –NAKKK- ,betul??

Perasan tak something? Bila kita sedih kan, mesti time tulah kita nak belek2 Al-Quran,cari mana-mana ayat yang boleh menenangkan hati kita masa tu. Bila dah terjumpa,masa tu kebiasaannya kita akan mengalirkan air mata..betul tak?
 

Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). [surah Fussilat]

Nampak tak kesinambungan ayat-ayat Allah ni? Allah sangat memahami kita. Allah tahu,fitrah kita memang begini,mudah mengeluh. Tak dinafikan,kesibukan kadang-kala memerangkap diri kita,hingga membuatkan kita sesak  sekali-sekala dan seolah-olah merasakan hidup di dunia ini amat sukar . Namun,lihatlah,Allah sekali lagi memujuk kita dengan firmanNya :


 (Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. [surah At-Taubah]

Jadi,kesimpulannya,bacalah kalamullah ini dengan ikhlas secara beristiqamah (means,hari-hari ye..) dan mengharapkan keredaanNya. Semoga amalan kita yang tidak seberapa ini,akan dinilai tinggi di sisi Allah.. aminn..




Saturday 14 September 2013

PeLAngi hAti



Sinaran mentari pagi,
Berkejaran masuk ke ruang kamarku
Dan aku di sini,                                     
Menadah tangan kepada Penciptaku,
Tanda syukur merendah diri,
Masih bernafas di dunia ini.

Hidup ini dipenuhi dugaan,
Menguji sejauh mana keimanan,
Umpama hembusan dingin bayu,
Yang hanya dirasai kelembutan,
Tanpa dilihat oleh pancaindera.

Hakikat hidup yang suci,
Hanya dapat diselami,
Melalui bekalan kesabaran,
Juga dihiasi dengan ketakwaan,
Bersama saluran mawaddah,
Yang disimpan kemas,
Di lubuk hati mahmudah.

Kini,
Madu kehidupan mengalir di jiwa,
Kebahagiaan berlari ke arahku,
Selepas derita hati mengundur diri,
Umpama jaluran pelangi,
Yang muncul selepas renyaian hujan,
Mencorak warna pelbagai,
Bersama kicauan burung,
Di pentas langit kebiruan.                                             


aManaH...HEbaT ker...BerAT...???

"Hmm..bestnya kalau aku dapat jawatan tu..tak adalah nanti orang akan pandang rendah dengan aku..masa tu,barulah orang tahu,yang aku ni berkepimpinan" terdetik seketika dalam hati.

Jawatan selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang. Apabila kita mempercayai kebolehah seseorang itu,kita akan secara sukarela memberikannya peluang dalam menyandang jawatan itu. Kepada yang menyandang jawatan itu,tentu terselit perasaan bangga kerana terpilih as a choosen one dalam jawatan yang diidam-idamkan oleh orang lain selainnya.

Bermulalah daripada jawatan itu,kita akan mula berurusan dengan orang ramai,,berjalan ke sana ke mari untuk menyiapkan urusan yang perlu diselesaikan. Mulalah,orang ramai makin mengenali kita, "wah..saya tengok bagusnya awak ni..dahlah berkepimpinan,urusan kerja selalu on time. Bagus..bagus.." Rasa happy tak,dipuji??

Cop..!! Daripada kita terus terlena dengan pujian-pujian,mari kita renungi semula. Apa sebenarnya niat kita saat dipilih menyandang jawatan itu? Untuk mudah dikenali orang ramai?atau..dipandang hebat oleh kawan-kawan sekeliling kita sebagai seorang yang berkepimpinan?

Apa pun niat kita semasa mula-mula,sentiasalah tajdidkan niat,perbaharui niat,,kita terima jawatan itu semata-mata kerana Allah. Ingatlah,susah senang hidup kita,setiap saat adalah ujian. Setiap orang tidak akan terlepas daripada ujian Allah.. Gunakanlah kelebihan yang kita ada untuk disumbangkan kepada umat Islam,bukan semata-mata untuk mendapat kredit dalam sijil kita.

Kita harus ingat,apa yang kita sandang itu adalah amanah. Bukan setakat dilaksanakan untuk menyenangkan hati orang lain,lalu mereka memuji-muji kita. Laksanakan amanah yang kita ada dengan sebaik-baiknya,dan jangan sekali-kali mengkhianatinya kerana amanah itu pasti akan ditanya kelak.

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau" (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Semoga kita semua dalam reda Allah..amiinn...


maAF..tak MaaF..??

Assalamualaikum semuaaaa.. harap2 sihat semua yeee..

Sebagai manusia biasa,pasti kita ada melakukan kesalahan,baik sedar atau tak sedar, sengaja atau tak sengaja,terpaksa atau sengaja paksa.erk?!(ada ke istilah ni? =,= ) apa pun,ni nak habaq . Tajuk kita hari ni adalah apa patut kita buat selaku pembuat salah kepada orang yang kita buat salah dan apa tindakan kita selaku orang yang teraniaya kepada orang yang telah menyakiti kita. *panjangnya tajuk =p  *
Saya bagi satu situasi : contoh  :

Aminah : Fini,saya  dengar  awak ada cakap something yang buruk pasal saya. Betul ke? (sambil cuba    menahan geram di hati)

Fini        : Eh,mana ada Min. Yang mana? (sambil berfikir-fikir dengan wajah yang berkerut)

Aminah : Awak  tak payah nak buat2 lupa. Saya ingat awak ni jenis sahabat yang boleh dipercayai,tapi tak. Saya silap,saya ingat awak boleh simpan rahsia saya ni. Tapi,,,menyesal  saya beritahu awak.. (sambil berlalu pergi)

          ***************************************************************************
Dila        : Min,mana Fini? Selalunya kau ada dengan dia time-time macam ni.

Aminah : Kau tak payah sebut2 lah nama dia depan aku..kau dah siap keje belum? (sambil terus buat kerja)

Dila        : Aik?? Marah nampak? Nape ni? Cuba cite kat aku...

Aminah : Tak pe lah Dila. Buat tambah sakit hati je kalau aku cite. Ok lah,aku nak pegi jumpa madam.

        *****************************************************************************
Hari ketiga selepas kejadian...

Fini         : Min... (sambil mendekati Aminah di perpustakaan)

Aminah  : Awak nak apa? Saya banyak kerja ni..kita cakap nanti lah.

Fini        :  Awak..(sambil terus duduk di sebelahnya). Saya baru teringat tentang rahsia yang awak cakap tu. Tentang perkara tu,saya betul2 mintak maaf. Saya tahu saya yang salah. Saya pun tak tahu, entah macam mana,saya boleh terlepas cakap kat kawan saya. Sungguh wak,saya betul2 tak ada niat nak khianati kepercayaan awak. Awak ingat lagi tak, naqibah kita selalu kata, dalam hidup ni,kita kena selalu berbaik sangka dengan orang lain. Tapi, bukanlah saya nak menutup kesalahan saya yang dah lalu.
                  Min,saya cuma nak awak tahu,saya betul2 tak sengaja. Dan saya betul2 menyesal dan memohon ampun pada Allah kerana telah membongkar rahsia awak. Allah tahu saya tak sengaja.  Dalam surah al-baqarah ayat 286 “wahai Tuhan kami,janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah”. Dan lepas ni,kalau awak dah tak mahu memberitahu saya apa2 rahsia awak lagi,itu bergantung pada awak.
                  Min, masihkah awak ingat tentang erti doa rabitah yang selalu kita baca setiap pagi dan petang? Antara maksudnya “hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,maka eratkanlah ikatannya,kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..” awak..maaf andai saya banyak bercakap kali ini. Kita mula berkenalan dengan cara yang baik. Awak selalu ada waktu saya perlukan awak. awk selalu tolong saya dan banyak menasihati saya,saya sangat menghargainya dan begitu sayangkan persahabatan kita. Saya minta maaf sekali lagi...(air mata mengalir dan ingin bangun untuk berlalu pergi)

Aminah : *terdiam sambil menahan sebak di dada*

         ***************************************************************************
Keesokannya di bilik Fini,.

Aminah : Fini,saya dah lama maafkan awak..sebenarnya saya sangat menyesal lepas marahkan awak tempoh hari. Masa tu,emosi saya tengah tak stabil. Fikiran saya berserabut.  Saya juga hanya insan biasa. Saya memang rasa terkilan masa mula2 dan rasa percaya mula terhakis sikit. Tapi,bila semalam saya menghayati betul2 makna ayat rabitah yang selalu kita baca, semakin sebak saya rasa.
                  Saya minta maaf Fini. Saya terlupa tentang ukhuwah kita yang selama ni terbina. Ukhuwah ini terlalu mahal harganya,tak mampu ditukar dengan perselisihan faham yang hanya memecahbelahkan kita. Saya percaya,pasti benar2 berlaku kekhilafan hingga awak boleh terbongkarkan rahsia saya. Saya kembalikan urusan ini kepada Allah. Awak juga terlalu baik terhadap saya selama ini. Saya banyak belajar daripada awak. Semoga Allah reda dengan persahabatan kita.

Fini      : *air mata mengalir* Terima kasih Min. Terima kasih sebab maafkan saya dan berikan peluang kedua kepada saya. Saya belum bersedia  kehilangan awak,banyak lagi perkara tentang kehidupan ini yang perlu saya pelajari daripada awak..terima kasih,Alhamdulillah..

                  Haa..best tak cite kat atas? Ni hanya contoh,takde kena mengena antara yang hidup ataupun yang dah meninggal dunia yeee...tapi,ada pengajaran yang nak saya sampaikan. Kalau kita jadi Fini,mintak maaflah dengan ikhlas semoga Allah akan melembutkan hati Aminah untuk memaafkannya,buat solat hajat ke.. Aminah pulak,terimalah maaf dengan reda agar persahabatan yang terbina selama ni,tak runtuh dengan sekelip mata..ingatlah syaitan akan cuba sedaya upaya untuk merosakkan ukhuwah anak-anak Adam hingga masing2 memutuskan silaturrahim..tahu kan akibat orang yang sengaja memutuskan silaturrahim? Nauzubillah...

:: k,dah.sampai sini je,,ti sambung lagi.... =)