Saturday 14 September 2013

aManaH...HEbaT ker...BerAT...???

"Hmm..bestnya kalau aku dapat jawatan tu..tak adalah nanti orang akan pandang rendah dengan aku..masa tu,barulah orang tahu,yang aku ni berkepimpinan" terdetik seketika dalam hati.

Jawatan selalu dikaitkan dengan kepimpinan seseorang. Apabila kita mempercayai kebolehah seseorang itu,kita akan secara sukarela memberikannya peluang dalam menyandang jawatan itu. Kepada yang menyandang jawatan itu,tentu terselit perasaan bangga kerana terpilih as a choosen one dalam jawatan yang diidam-idamkan oleh orang lain selainnya.

Bermulalah daripada jawatan itu,kita akan mula berurusan dengan orang ramai,,berjalan ke sana ke mari untuk menyiapkan urusan yang perlu diselesaikan. Mulalah,orang ramai makin mengenali kita, "wah..saya tengok bagusnya awak ni..dahlah berkepimpinan,urusan kerja selalu on time. Bagus..bagus.." Rasa happy tak,dipuji??

Cop..!! Daripada kita terus terlena dengan pujian-pujian,mari kita renungi semula. Apa sebenarnya niat kita saat dipilih menyandang jawatan itu? Untuk mudah dikenali orang ramai?atau..dipandang hebat oleh kawan-kawan sekeliling kita sebagai seorang yang berkepimpinan?

Apa pun niat kita semasa mula-mula,sentiasalah tajdidkan niat,perbaharui niat,,kita terima jawatan itu semata-mata kerana Allah. Ingatlah,susah senang hidup kita,setiap saat adalah ujian. Setiap orang tidak akan terlepas daripada ujian Allah.. Gunakanlah kelebihan yang kita ada untuk disumbangkan kepada umat Islam,bukan semata-mata untuk mendapat kredit dalam sijil kita.

Kita harus ingat,apa yang kita sandang itu adalah amanah. Bukan setakat dilaksanakan untuk menyenangkan hati orang lain,lalu mereka memuji-muji kita. Laksanakan amanah yang kita ada dengan sebaik-baiknya,dan jangan sekali-kali mengkhianatinya kerana amanah itu pasti akan ditanya kelak.

Daripada Abu Hurairah r.a.,Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tunaikanlah amanah kepada orang yang memberi amanah kepada engkau dan janganlah kamu mengkhianati orang yang mengkhianati engkau" (riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Semoga kita semua dalam reda Allah..amiinn...


No comments :

Post a Comment