AL-QURAN
NUL KARIM KALAMULLAH.. Apabila disebut Al-Quran,,dah
baca belum Al-Quran hari ni?? Kalau dah baca,Alhamdulillah..kalau tak sempat
baca,walaupun satu muka surat, cuba refleks balik diri. Kenapa sampai Allah tak
izinkan kita membuka ayat-ayatNya hari ni..?? Apa perkara yang kita dah buat??
Lepas tu,cuba
renung balik diri,,satu hari ni,bila kita tak sempat baca Al-Quran,hati kita
rasa tenang tak?? Mesti rasa ada something yang tak kena,,macam tak
tenang,,rasa ada something yang hilang,, ada sesuatu yang belum settle hari
ni,,walaupun rasanya kita dah plan macam-macam semuanya dan dah buat pun
semuanya..
Kenapa kita sampai
tak sempat baca Al-Quran hari ni?? Kita rasa kita sangat busy hari ni.. *ye ke
busy??*
“alarr..tak
pelah,,hari ni je aku skip baca Quran,,kan hari-hari yang lepas dah bape banyak
page aku baca” akal mencari alasan. Pernah tak kita mendengar
satu hadis nabi,
mafhumnya :
“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW
bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu.
Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah
sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”(Riwayat al-Bukhari dan
Muslim)
Firman Allah :
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan
dilihatnya (dalam surat amalnya)! [surah Al-Zalzalah]
Semua orang tahu,Allah melihat setiap perbuatan kita. Ya,kalau
baik akan diberi pahala. Kalau tak baik,dosalah habuan kita. Nauzubillah.. Meskipun
kita lihat amalan membaca Al-Quran seperti “mencuri”masa yang kita ada,namun
ingatlah,Al-Quran lah yang akan memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat
kelak. Tidakkah kita mahu menerima syafaatnya nanti?? Saya percaya,kita sepakat
mengatakan –NAKKK- ,betul??
Perasan tak something? Bila kita sedih kan, mesti time tulah kita
nak belek2 Al-Quran,cari mana-mana ayat yang boleh menenangkan hati kita masa
tu. Bila dah terjumpa,masa tu kebiasaannya kita akan mengalirkan air
mata..betul tak?
Manusia tidak jemu-jemu memohon kebaikan. Dan kalau ia ditimpa
kesusahan maka menjadilah ia seorang yang sangat berputus asa, lagi sangat
nyata kesan putus harapnya (dari rahmat pertolongan Allah). [surah Fussilat]
Nampak tak kesinambungan ayat-ayat Allah ni? Allah sangat memahami kita. Allah
tahu,fitrah kita memang begini,mudah mengeluh. Tak dinafikan,kesibukan
kadang-kala memerangkap diri kita,hingga membuatkan kita sesak sekali-sekala dan seolah-olah merasakan hidup
di dunia ini amat sukar . Namun,lihatlah,Allah sekali lagi memujuk kita dengan
firmanNya :
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta
berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar
dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi
minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka
itulah orang-orang yang berjaya. [surah At-Taubah]
Jadi,kesimpulannya,bacalah kalamullah ini dengan ikhlas secara
beristiqamah (means,hari-hari ye..) dan mengharapkan keredaanNya. Semoga amalan
kita yang tidak seberapa ini,akan dinilai tinggi di sisi Allah.. aminn..